Politik

Biarlah Apa-Apa Pun Orang Nak Kata, Anuar Musa Tetap Setia Kepada UMNO

Tan Sri Annuar Musa hari ini menegaskan beliau memiliki track record atau rekod baik dan sentiasa setia kepada UMNO walaupun pernah dikritik pelbagai pihak kerana lantang bersuara selain dilabel sebagai duri dalam daging dalam parti itu.

Bagi beliau, 34 tahun menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh serta lebih 40 tahun menjadi ahli parti dengan nombor keahlian 124, bukanlah suatu tempoh singkat meskipun mengakui mempunyai pendapat berbeza dengan pimpinan parti dan pandangan tersendiri dalam beberapa perkara tertentu sejak dahulu lagi.

Menekankan bahawa kesemua perbezaan itu bukan sesuatu bersifat peribadi, Annuar berkata beliau amat menghormati institusi parti serta jawatan, dan bukannya untuk menjadi ‘pak turut’ semata-mata.

‘Krisis UMNO berulang kali saya tidak tinggal UMNO, ada jawatan saya kerja tak ada jawatan pun saya kerja, bertanding kalah pun saya sokong UMNO Stail politik saya memang begitu saya tak suka bodek orang, saya jenis setia.

“Saya bukan jadi ahli UMNO 10 tahun, saya ahli UMNO seumur hidup yang sudah jadi ahli lebih 40 tahun, sebenarnya saya lebih senior daripada Presiden UMNO, saya jadi menteri lebih awal, saya jadi ahli Majlis Tertinggi lebih awal, saya jadi Ketua UMNO Bahagian lebih lama,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian dalam wawancara khas “UMNO: Masa Hadapan Yang Lebih Baik” dalam program Ruang Bicara dihoskan Sherkawi Jirim terbitan Bernama TV malam ini.

Annuar berkata sebelum ini beliau pernah menyuarakan teguran kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berusia 27 tahun, namun selepas itu tetap dipilih menjadi ahli kabinet Dr Mahathir – tanpa beliau membodek dan meminta-minta jawatan.

‘Ada perkara saya tak setuju saya cakap,” kata Annuar yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Berhubung soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Annuar yang Juga bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata parti tidak boleh bertindak tergesa-gesa untuk mengadakannya dan perlu mengambil kira sentimen rakyat terlebih dahulu, misalnya yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

‘Jangan lupa baca juga sentimen rakyat, jangan ambil formula salah. Jika nak buat PRU boleh tapi pastikan semak sumber, organisasi, logistik, strategi dan partner (rakan parti politik),” katanya.

Mengambil kira strategi pengundi muda berikutan Undil 8, jelasnya LIMNO perlu memperagakan imejnya sebagai parti yang membela golongan muda yang mempunyai idealisme tinggi memandangkan mereka tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik.

Mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan berakhir esok, Annuar memuji ucapan dasar Presiden LIMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkannya disampaikan dengan penuh berhemah dan berlapik, di Saat bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri berdepan pelbagai cabaran menguruskan parti selepas kekalahan pada PRU14.

“Rapatkan saf, perbaiki parti kita, jangan semberono dalam tindakan, pada saya masa hadapan
UMNO cerah,” katanya. – BERNAMA

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button