EkonomiNasional

KPDNHEP umum harga baharu minyak masak botol

SEJAK Mei lalu rakyat Malaysia sering terputus bekalan minyak masak untuk kegunaan seisi rumah.

Ada peruncit yang mengambil kesempatan untuk menjual minyak masak botol dengan harga yang lebih mahal kerana mahu mengaut keuntungan.

Sejak 8 Ogos lalu, Kerajaan terus mengawal harga minyak masak sawit tulen yang telah di botolkan dan kawalan harga ini berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

Hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan harga baharu maksimum minyak masak yang berkuatkuasa pada 8 November sehingga 7 Disember ini.

Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut adalah untuk 1 kg harganya RM6.90, 2 kg RM13.30, 3 kg RM19.60 dan 5 kg RM30.90.


KPDNHEP dalam kenyataannya berkata, sekiranya ada mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima, pihaknya akan ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button