Nasional

KPDNHEP sumbang PerantiSiswa dan Food Bank kepada pelajar UiTM Sarawak

SERAMAI 21,025 siswa di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menerima manfaat menerusi 28 Program Food Bank Malaysia (PFBM) Siswa yang diwujudkan di seluruh negara dan pada hari ini UITM Cawangan Sarawak merupakan IPT yang ke-29 menerima manfaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata PFBM Siswa merupakan salah satu inisiatif dilaksanakan kerajaan sejak 2018 bertujuan membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

“Kementerian telah melaksanakan Inisiatif Pembungkusan Makanan secara retort (Ready To Eat) yang akan memanjangkan hayat makanan antara 12 sehingga 18 bulan.

“Kementerian telah menempatkan dua belas mesin retort di sepuluh lokasi terpilih dan telah menghasilkan lebih daripada 3000 pek makanan dan telah diagihkan sejak Mei 2021,”katanya.


Nanta berharap dengan program PFBM ini, beliau dapat membantu siswa yang kurang berkemampuan.

“Saya juga berharap Program Food Bank Siswa ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan jaringan kerjasama bersama rakan-rakan strategik dipergiatkan,”tambah beliau.

Sementara itu, Kerajaan juga telah menyasarkan seramai 350,000 mahasiswa akan menerima PerantiSiswa pada tahun ini.

Inisiatif PerantiSiswa telah diluluskan dengan jenama Samsung Galaxy Tab A8 dibawah Belanjawan 2022.

Ia merupakan usaha kerajaan bagi membantu pelajar IPT yang tidak berkemampuan bagi memastikan proses pembelajaran siswa berjalan lancar.

“Saya telah dimaklumkan bahawa seramai hampir 1,340 pelajar UiTM Cawangan Sarawak telah diluluskan permohonan untuk mendapatkan PerantiSiswa dan keseluruhannya seramai 7,400 pelajar di negeri ini akan menerima peranti ini dalam masa terdekat,” katanya dalam Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Syukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turut hadir dalam majlis tersebut.

Kerajaan berharap inisiatif ini dapat melahirkan Keluarga Malaysia berinovasi yang akan mengharumkan nama negara suatu hari nanti.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button