KesihatanNasional

Covid-19: Kita perlu bersiap sedia berhadapan situasi terburuk – Dr. Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi situasi yang terburuk dalam menghadapi gelombang Covid-19 semasa berikutan corak peningkatan telah melepasi garis exponen yang direkodkan dalam laporan graf kes baharu Covid-19 di negara ini.

“Peningkatan kes bermula dari 1 April 2021 berpotensi mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang situasi yang terburuk ini. Bantu kami dengan duduk di rumah. Bersama, kita dapat memutuskan rantai jangkitan,” menurut satu ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini.

Dr Noor Hisham menasihati orang ramai untuk tinggal di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya berlaku kecemasan atau apabila berada di tempat kerja. – SM

(Visited 453 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button