Hiburan

Bini kau menangis tu…, netizen banjiri ruang komen IG Shuk

BARU-BARU ini Shuk berkongsi satu video miliknya yang tanpa sengaja telah merakam bunyi wanita menangis.

Video tersebut dikongsikan Shuk dan menjadi tular. Ramai yang terkejut dengan elemen mistik di dalam rakaman di Instagram milik penyampai radio dan pelawak itu.

Video tersebut dimuat naik sebelum pendedahan berkenaan kes curang Shuk dibuat isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Namun hari ini sudah terlerai berkenaan suara wanita berkenaan yang didakwa suara tangisan isteri pelawak itu.

Ramai netizen meninggalkan komen di akaun Instagram Shuk dan menyatakan suara tersebut sebenarnya adalah suara isterinya yang menangis angkara perbuatan pelawak itu.

Seorang pengguna akaun Instagram bernama Jannadila berkata, “Bini kau tu yang menangis. Penat dengan perangai kau 😌”.

Pemilik akaun Nurul_bynoon pula berkata, “Tu suara bini ko nangis la syuk.. Ko memang la tak perasan sebab hari-hari hadap kot.. So mesti dah biasa”.

Seorang lagi pengguna Instagram bernama _raihanarahim_ berkata, datang nak dengar suara hantu menangis, tapi dah jadi makcik bawang pulak. Isteri mengnangis rupanya ajak suami balik.

Pagi tadi, tular di media sosial berkenaan pendedahan Rossalennah berkenaan dakwaan kecurangan yang dilakukan Shuk.

Menerusi rakaman yang dimuat naik Rossalennah, dia telah pergi ke rumah wanita yang mempunyai skandal dengan Shuk untuk meminta suaminya pulang.

Bagaimanapun wanita tersebut memberitahu yang Shuk tidak berada di rumah tersebut dan hanya melemparkan kasut milik pelawak tersebut yang berada di dalam rumahnya. -SM

(Visited 3,092 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button