Nasional

KL, Putrajaya lebih 50% penduduk telah divaksin, Sarawak hampir

DUA wilayah persekutuan kini mencatatkan lebih 50 peratus populasi telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Ibu negara Kuala Lumpur mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 78.9 peratus (1.398 juta) telah disuntik dengan dos pertama dan 20.2 peratus (358,619) telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

Pusat pentadbiran kerajaan, Putrajaya pula merekodkan 51.5 peratus (56,658) populisi telah disuntik dengan dos pertama manakala 29.3 peratus (32,261) lagi telah menerima kedua-dua dos.

Manakala Sarawak pula 49.1 peratus (1.383 juta) populasi telah menerima dos pertama manakala 19.8 peratus (556,871) telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 11.366 juta dos telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Daripada jumlah itu 7.840 juta (24.0 peratus) merupakan dos pertama dan 3.526 juta (10.8 peratus) telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

Sabah masih lagi ketinggalan dalam pemberian vaksin berbanding negeri-negeri lain iaitu hanya 10.2 peratus (408,482) penduduknya telah menerima dos pertama manakala hanya 7.8 peratus (305,601) telah disuntik dengan kedua-dua dos.

Kedua tertendah adalah Kelantan iaitu 13.3 peratus (252,883) penduduk telah disuntik dengan dos pertama manakala 9.8 peratus (186,656) disuntik dengan dos kedua.

Sementara itu semalam sejumlah 291,217 dos vaksin telah diberi di seluruh negara merangkumi 190.186 dos pertama dan 101,031 dos kedua.

Selangor penerima vaksin tertinggi iaitu 50,601 dos pertama dan 12,432 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur 29,420 (dos pertama) dan 19,576 (dos kedua); Sarawak 20,246 (dos pertama) dan 36,279 (dos kedua).-SM

 

 

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button