Politik

Kegagalan menteri kanan punca negeri tidak laksana PKPB

TINDAKAN beberapa kerajaan negeri untuk tidak mengikut langkah Persekutuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakana Bersyarat (PKPB) disebabkan kegagalan Menteri Kanan Hal Ehwal Ekonomi berbincang dengan mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kegagalan ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan, strategi dan penyelarasan yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara.

Akibatnya kata beliau, telah merumitkan sektor perniagaan dan perdagangan kerana ekonomi Malaysia sifatnya adalah rentas negeri dan sempadan.

Tetapi yang lebih terkesan katanya, ialah kewibawaan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani fasa pemulihan ekonomi negara

“Adalah sangat penting untuk keputusan sepenting ini di bawa ke perbincangan dengan semua Kerajaan Negeri untuk mendapatkan persetujuan semua. Namun ia jelas tidak dilaksanakan,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB yang mana turut membenarkan hampir semua perniagaan beroperasi semula.

Namun, tujuh negeri memutuskan untuk untuk mengikuti pengumuman kerajaan persekutuan itu, sebaliknya mengekalkan PKP.

Kedah, Sabah dan Sarawak memutuskan untuk tidak mengikuti langkah Kerajaan Persekutuan untuk melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP), yang termasuk membenarkan kebanyakan perniagaan dibuka semula dengan syarat.

Selangor dan Negeri Sembilan mengatakan mereka akan menyekat jumlah perniagaan apabila operasi disambung semula pada hari Isnin (4 Mei).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata negeri itu tidak akan mengikuti pelaksanaan peraturan PKP bersyarat pada Isnin.

Sementara itu, pemerintah Negri Sembilan juga memutuskan untuk tidak membenarkan kedai makanan dan minuman dibuka untuk makan malam buat masa ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, negeri itu akan mengkaji kesediaan pihak berkuasa tempatan dalam menangani operasi semula syarikat.

Difahamkan, pemerintah negeri meminta pandangan dari berbagai dewan mengenai kesediaan mereka untuk melakukan penguatkuasaan dan pemantauan di negara paling padat penduduk dan industri.

Pulau Pinang mengatakan akan melaksanakan PKP bersyarat “dalam tiga fasa” mulai 4 Mei. Ketua Menteri Chow Kon Yeow bahawa walaupun perlu untuk memulihkan ekonomi di negeri ini, ia tidak boleh mengambil risiko untuk melonggarkan PKP sepenuhnya.

Pahang juga mengatakan akan mengekalkan status quo PKP buat masa ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun kerajaan negeri menyokong pengumuman Perdana Menteri mengenai PKP bersyarat, butirannya masih perlu dikemukakan khusus untuk Pahang.

Mohamed Khaled berkata, reaksi kerjaan negeri terhadap keputusan Kerajaan Pusat untuk ‘restart’ hampir keseluruhan sektor ekonomi melalui strategi pelonggaran PKPB adalah di luar jangkaan.

Katanya, negeri-negeri tersebut mengambil langkah berhati-hati dengan tidak membenarkan sektor perniagaan dan perdagangan beroperasi seperti yang disarankan kerana tiadanya ‘a soft landing exit strategy’.

“Walaupun keputusan Kerajaan Pusat dalam hal ini diyakini telah dibuat dengan mendapatkan nasihat saintifik terbaik serta berpandukan data yang meyakinkan, namun strategi pelaksanaanya adalah tidak kemas dan inklusif,” katanya

Yang lebih terkesan katanya, ialah kewibawaan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani fasa pemulihan ekonomi negara.

“Apa yang berlaku adalah permulaan yang tidak baik dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Perikatan Nasional.

“Kabinet Perikatan Nasional mesti mengambil teladan dari insiden ini. Naratif baru dalam sistem federalisme kita telah muncul.

“Hubungan Kerajaan Pusat dengan Negeri-Negeri dalam Persekutuan telah menampakkan ‘the new normal’. Zaman di mana semua kebitaraan adalah pada Kerajaan Pusat telah berakhir,” katanya. – SM

.

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button