NasionalpilihanPolitik

Rakyat Parlimen Hulu Rajang Bakal Nikmati Insiatif JENDALA Sepenuhnya 2023!

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sentiasa memberikan tumpuan kepada penambah baikkan perkhidmatan komunikasi di kawasan luar bandar termasuk di negeri Sarawak.

Ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, ia termasuk melaksanakan rancangan jangka panjang dan jangka pendek bagi menangani isu akses kepada internet yang berkualiti.

Sehubungan itu, beberapa rancangan dibuat seperti pelaksanaan program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di Sarawak dan ia melibatkan kos sebanyak RM4.09 bilion.

Bagi perkembangan JENDELA Fasa 1 setakat suku pertama 2022, terdapat antara perkara difokuskan merangkumi tapak menara baharu, naik taraf stesen pemancar, premis tersedia gentian optik dan jalur lebar satelit.

“Misalnya untuk tapak menara baharu di Sarawak, sebanyak 741 masih dalam pelaksanaan dan 85 sudah siap dan sedia untuk beroperasi dan di bahagian Hulu Rajang, 59 tapak menara baharu berstatus dalam pelaksanaan.

“Kesemua inisiatif ini masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2023,” kata Annuar.

Annuar berkata demikian menjawab persoalan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong dalam Dewan Rakyat, Mesyuarat Ke-2, hari ini.

Mengulas peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak telah meningkat kepada 84.24 peratus pada suku pertama 2022 berbanding 73.67 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA.

Bagi Parlimen Hulu Rajang, Baram serta Igan, peratus liputan jalur lebar 4G adalah seperti berikut:

Berdasarkan jadual di atas sekali gus menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, terdapat lima lokasi WiFi Komuniti di Parlimen Igan sehingga kini.

“Ia meliputi beberapa kawasan seperti di PEDi Igan, PEDi Kg Hilir, PEDI Kg Tian, Rh Fatimah dan Rh Hj Suhaili.

“Selain itu, terdapat dua lokasi yang disediakan dengan jalur lebar satelit iaitu di Rh Sandom dan Kg Muara Sawai,” kata Annuar.

Pelaksanaan JENDELA akan terus digiatkan bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat diterima dengan cepat oleh rakyat.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button