Nasional

Jaya Grocer dan Grab Malaysia tawar tiga inisiatif Payung Rahmah

MENERUSKAN kesinambungan Payung Rahmah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia di Jaya Grocer, KL East Mall, Kuala Lumpur.

Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia ini merupakan sebahagian daripada kerjasama antara KPDN dengan kedua-dua syarikat tersebut.

Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia. Majlis pelancaran diadakan di Jaya Grocer, KL East Mall, Kuala Lumpur. – GAMBAR KPDN

Untuk makluman, pelaksanaan inisiatif ini bertujuan membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia berikutan peningkatan kos sara hidup.

Menerusi kerjasama ini, Jaya Grocer dan Grab Malaysia menawarkan promosi eksklusif melalui tiga inisiatif di platform Grab:
● Pakej RAHMAH – Tawaran pakej “Mix & Match” dari serendah RM18 di GrabFood.
● Jualan RAHMAH – Diskaun sehingga 40% untuk barangan keperluan harian, eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart.
● Bakul RAHMAH – Menyokong komuniti pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas.

Salahuddin dalam kenyataannya hari ini berkata, pada masa yang sama, hampir 1,000 perniagaan telah mengambil bahagian dalam Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia.

Ini termasuklah para peniaga dan rakan kongsi penghantaran juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan permintaan dan peluang pendapatan tambahan, katanya.

“KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

“Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna,” katanya.

MENTERI KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub meluangkan masa memeriksa harga kobis pada majlis pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia. Majlis pelancaran diadakan di Jaya Grocer, KL East Mall, Kuala Lumpur. – GAMBAR KPDN

Di bawah Program Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga.

Tambah beliau, Program Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau berkata, KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan. – SM

BACA Inisiatif Payung RAHMAH bersama Foodpanda Malaysia

BACA Lotus’s Malaysia sertai Inisiatif Payung RAHMAH bantu kurangkan kos sara hidup

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button