Negeri

Blok asrama, kediaman guru terbakar

10 pelajar dan guru terselamat

SATU blok asrama lelaki dan sebuah kediaman guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Yong, Kapit terbakar malam tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila 10 pelajar dan seorang guru sempat menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Erwandy Tugor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.30 malam sebelum 12 anggota dan dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, asrama dan kediaman guru itu sudah terbakar keseluruhannya dan pasukan bomba dan penyelamat mengambil langkah mengawal kebakaran daripada merebak ke dua lagi kediaman guru yang berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira pukul 2.40 pagi dan menurut maklumat yang diperoleh daripada guru besar sekolah berkenaan, kebakaran bermula dari bahagian tengah blok asrama itu yang merupakan struktur kayu seperti mana kediaman-kediaman guru berdekatannya.

“Semasa kejadian, kesemua pelajar dikatakan sedang tidur dan hanya dibangunkan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan yang menyedari kejadian.

“Kesemua pelajar dan guru tidak mengalami kecederaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. – SUMBER BERNAMA – SM

 

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button