MahkamahNasionalNegeri

Kes Mahkamah: Zamri Vinoth bercuti mulai 15 Ogos

TERPALIT dengan tuduhan mencedera dan mengugut bunuh seorang wanita di Mahkamah Majistret Kangar pada 2 Ogos lalu, akhirnya pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu tampil menjelaskan kedudukannya di ONE Centre Malaysia Perlis (OCMPs).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamri Vinoth, 38, mohon dibicarakan ketika dibacakan dua pertuduhan kes ini ke atasnya di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md. Ali.

Semenjak kes mahkamah itu, bermulalah teka teki mengenai status dan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di OCMPs.

Akhirnya persoalan ini terungkai apabila Zamri Vinoth memuat naik berhubung kedudukannya di Facebook (FB) OCMPs pada kira-kira pukul 11 pagi ini (19 Ogos).

Dalam hantaran di FBnya itu Zamri Vinoth menjelaskan, beliau mula bercuti dari tugasan sebagai COO mulai 15 Ogos lalu atas alasan sambung belajar.


Tugas sebagai Pemangku OCMPs akan diambil alih oleh Marcellus Mourine.

Jelas Zamri, sejak OCMPs ditubuhkan pada tahun 2017 telah banyak program yang dilaksanakan.

“Saya percaya program-program yang telah dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, OCMPs merupakan sebuah agensi dakwah yang bernaung dan menerima dana daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Katanya lagi, kerjasama ini telah membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk turut serta dalam aktivti dakwah sebagai aktivis dakwah OCMPs.  – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button