Negeri

MB Kedah lelong kereta peribadi untuk sumbang tabung Palestin

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempelawa orang ramai membida kenderaan miliknya bagi mengisi tabung kemanusiaan Palestin.

Sanusi berkongsi bidaan Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) untuk #aid4palestin dan dibayar terus ke akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PASRelief 5640 7061 4481 / 5640 7061 2333.

“Kereta ini saja yang dah selesai hutang bank. Sayang sangat kat kereta ni tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

“Saya beli kereta ni tahun 2018 dengan harga RM60,000.00. Sejak itu, saya kutip buat major dan minor repair, ganti sparepart yang kurang elok dengan sparepart baru (ori) sedikit demi sedikit sampai rasa macam bawa kereta baru, tapi tidak lah 100% macam baharu. Nak bagi sedap dan elok macam ni pun habis sekitar RM25,000,” katanya.

Kondisi kereta kata beliau dalam keadaan baik dan tidak  perlu diperbaiki lagi kalau bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit- Boot dia boleh turun sendiri.

“Kos untuk convert power boot ke manual sekitar RM300 saja, tapi saya tak dan nak pi buat.

“Saya buka harga rizab RM55,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Lima Ribu sahaja) untuk kereta ini dan 100 peratus hasil bidaan ini akan dimasukkan ke akaun #aid4palestin – bayar terus ke Akaun Tabung Kemanusiaan PAS Relief (5640 7061 4481 atau 5640 7061 2333- Maybank).

“Sesiapa yang berminat boleh pm inbox. Bidaan ini dibuka selama 3 hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada 18 Mei 2021 jam 3 petang. Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini, yang tak serius tak payah kacau daun,” katanya.

(Visited 532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button