Nasional

Kes Covid-19 turun mendadak

Kes baharu jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini turun melebihi 50 peratus kepada 237 berbanding 661 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah dicatatkan adalah sebahagian daripada 1,178 kes direkodkan di seluruh negara.

“Sarawak berada pada kedudukan pertama dengan 238 kes mengatasi Selangor diikuti Pulau Pinang (190), Johor (165) dan Kuala Lumpur (101).

“Negeri lain mencatatkan bilangan bawah 100 pada hari ini iaitu Sabah dengan 86, Negeri Sembilan (34), Kedah (32), Perak (31), Kelantan (27), Pahang (14), Melaka (sembilan), Labuan (tujuh), Terengganu (enam) dan Putrajaya (satu). Manakala Perlis tiada kes,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan 237 kes dilaporkan membabitkan 211 penularan tempatan, 10 import dan 16 lagi dari penjara.

“Petaling masih daerah tertinggi kes baharu Covid-19 dengan 66 diikuti Hulu Langat (56), Klang (40), Kuala Langat (24) dan Gombak (21).

“Daerah lain mencatat bilangan bawah 10 kes iaitu Sepang dan Kuala Selangor masing-masing tujuh, Hulu Selangor (lima) dan Sabak Bernam (sati),” kata agensi itu menerusi Facebook.

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button