BeritaNasional

Aidiladha: LPT sesak susulan warga kota balik kampung

BEBERAPA kawasan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sesak hari ini ekoran masyarakat mula meninggalkan ibu kota untuk pulang menyambut Aidiladha.

Di Lebuhraya Karak keadaan mulai sesak sejak pagi tadi di laluan masuk Plaza Tol Gombak menghala ke Genting Sempah.

Kesesakan turut berlaku hampir lima kilometer dari Hentian Rehat Genting Sempah sehingga terowong.

Trafik juga dilihat perlahan berhampiran kawasan Air Terjun Lentang dan selepas susur Bukit Tinggi.

Bagaimanapun trafik bergerak lancar dari susur Bukit Tinggi sehingga ke stesen minyak Petronas Bentong, Pahang.

BACA > Jemaah solat Aidiladha boleh pilih solat Jumaat atau Zohor – Mufti Perlis — Suara Merdeka

Trafik kembali perlahan dan sesak menuju ke Plaza Tol Bentong menyebabkan kelewatan sehingga kira-kira lima minit.

Keadaan sesak juga dilaporkan selepas Plaza Tol Bentong susulan pihak LPT menutup susur persimpangan Bentong Barat.

Oleh demikian, bagi menuju ke Kuala Lipis, pemandu perlu melalui persimpangan Bentong Timur di kilometer 66.5 arah Pantai Timur.

Walau bagaimanapun, keadaan trafik dekat susur persimpangan tersebut juga kelihatan sesak menuju ke pusat bandar Bentong.

Kemudian, trafik kembali lancar selepas susur persimpangan BentongTimur menuju ke Karak.

BACA > PKR tuntut RM10 juta seorang daripada 20 bekas pemimpin — Suara Merdeka

Keadaan trafik di LPT 2 selepas Plaza Tol Karak menuju ke Temerloh juga dilapor lancar dan jumlah kenderaan tidak sebanyak berbanding LPT.

Namun tiada kemalangan dilaporkan berlaku di sepanjang lebuh raya dari Plaza Tol Gombak hingga Bentong.

Pada Aidiladha kali ini orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung menyambut perayaan itu selepas tidak dapat berbuat demikian pada Hari Raya Aidiflfitri lepas.

Hal demikian susulan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, mengumumkan tiada sekatan merentas negeri sepanjang perayaan Aidiladha.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan untuk pulang ke kampung bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.

BACA > Aidiladha: Tiada sekatan perjalanan, hanya SOP sambutan disemak — Suara Merdeka

Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial bagi mencegah penularan jangkitan Koronavirus (Covid-19). – SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button