NasionalNegeriPendidikan

Tiga skim keusahawan dilancar pada NICE-8 & EF

TIGA skim keusahawan telah dilancarkan sempena Northern Industrial Career Engagement-8 dan Entrepreneurship Fair (NICE-8 & EF).

Gabungan karnival kerjaya dan karnival keusahawanan ini dianjurkan oleh Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Talentbank.

Zaliman beramah mesra dengan pelajar yang berkunjung ke NICE-8 & EF.

Pengarah CGEE UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Najmuddin Mohd Hassan berkata, salah satunya ialah Facpreneur 1F1PK yang merupakan skim keusahawanan pelajar yang melibatkan enam falkulti di UniMAP.

Katanya, menerusi skim itu setiap fakulti perlu menyediakan ekosistem keusahawanan yang mampan untuk memperkasa kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar.

Selain itu, katanya, Skim Rintis Usahawan Muda UniMAP yang merupakan program rintis pembiayaan modal perniagaan di bawah CGEE, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP pula menawarkan skim pembiayaan modal awal perniagaan kepada usahawan pelajar B40/Asnaf.

“Skim Pembiayaan Mikro Siswapreneur Al-Qard (tanpa faedah) merupakan program kewangan sosial yang menawarkan skim pembiayaan mikro kredit tanpa faedah kepada usahawan pelajar B40/ Asnaf UniMAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sumber skim pembiayaan ini adalah daripada dana zakat yang diperoleh oleh universiti.

Sehingga kini, katanya 20 siswaapreneur asnaf atau B40 telah dikenalpasti dengan peruntukan RM66,000,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Ts Dr. Zaliman ketika merasmikan karnival berkenaan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra berkata, bagi melahirkan bakat terbaik untuk pasaran kerja negara, UniMAP optimis memperkasakan latihan industri dan pembelajaran berasaskan kerja (Work Based Learning-WBL).

Selain itu katanya, isu sama ada mahasiswa universiti berupaya memenuhi kehendak industri telah menjadi tanggungjawab kepada universiti kerana bagi pihak industri, mahasiswa mestilah seorang tenaga kerja yang kompeten dan bersedia bekerja dengan kemahiran yang diperlukan.

“Manakala bagi pihak universiti pula, pengajaran dan pembelajaran mesti selari dengan kehendak industri dan infrastruktur mestilah lengkap dan selari dengan apa yang ada di industri,” katanya.

Tambah beliau, atas dasar itu, UniMAP juga telah menubuhkan Pusat TVET UniMAP yang disokong dengan 10 makmal industri.

“Ini termasuk kerjasama dengan pihak industri utama dan set kemahiran (skills) akan dapat disediakan kepada para pelajar yang menjalankan Latihan Industri dan WBL di industri,” katanya.

Sementara itu, Karnival kerjaya dan keusahawan NICE-8 & EF kali ini melibatkan 29 pihak industri yang menawarkan hampir 1,000 peluang pekerjaan termasuk peluang untuk menjalani latihan industri.

Antara majikan yang terlibat adalah Huawei, Greatech Integration (M) Sdn Bhd, NSW Automation Sdn Bhd, Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Jinko Solar Technology, RHB Bank, Fuji Electric (Malaysia) Sdn Bhd, Silterra Malaysia Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuk pameran kerjaya oleh syarikat-syarikat swasta dan agensi kerajaan, temuduga kerjaya, ceramah kerjaya dan keusahawanan, pesta keusahawanan yang melibatkan lebih 30 reruai Siswaprenuer serta cabutan bertuah yang ditaja menawarkan hadiah utama sebuah Apple Smartwatch.

Sepanjang tiga hari program itu, seramai 2, 890 orang telah mengunjungi karnival kerjaya berkenaan. – SM

BACAUniMAP sahut lima inisiatif KPT lahir pekerja terbaik

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button