JenayahNasional

Lelaki warga emas nafi cabul kanak-kanak perempuan

SEORANG lelaki warga emas yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan seperti tular di media sosial menafikan dirinya melakukan perbuatan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Tan Cheng San, lelaki warga emas berusia dalam lingkungan 80-an bersama anak tirinya itu tampil membuat dua laporan polis sejurus insiden tular itu.

Dalam pada itu, katanya, polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Katanya, wanita itu menafikan dakwaan terbabit, sebaliknya mengaku bahawa warga emas terbabit adalah jirannya malah telah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

“Lelaki serta kanak-kanak itu tinggal di kawasan perumahan yang sama dan saksi mengesahkan bahawa warga emas itu telah nyanyuk di samping tidak boleh berkomunikasi dengan baik,” katanya.

Sejak kelmarin, tular satu hantaran bersama beberapa keping gambar di laman sosial Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang lelaki warga emas kononnya berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan. – BERNAMA -SM

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button