fbpx
Hiburan

PLUS perjelas situasi Zara Zya terkandas di lebuh raya

SYARIKAT Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia Berhad (PLUS) membantu Zara Zya sebagai penggunanya yang terkandas di lebuh raya.

Pelakon wanita itu sebelum ini dilaporkan terkandas di Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) selepas kenderaan yang dinaikinya rosak pada 12 Oktober lalu.

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan PLUS, sebuah kereta jenis Toyota Vellfire dinaiki selebriti berkenaan terkandas di lorong kecemasan.

PLUS kemudian memaklumkan menerima panggilan daripada rakan beliau sebelum pasukan PLUSRonda tiba ditempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

“Sejurus berhenti di lokasi, pasukan PLUSRonda telah dimaklumkan bahawa selebriti tersebut telahpun terlebih dahulu menghubungi syarikat tunda lain dan sedang menunggu ketibaan trak tunda terbabit.”


Kata Ketua Perhubungan Korporat, Komuniti dan Awam PLUS, Syed Mohammed Idid dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bagaimanapun, PLUSRonda memastikan keselamatan kenderaan Zara dengan meletakkan kon-kon keselamatan di belakang kenderaan beliau.

Menurutnya lagi, sebelum ini wujud kekeliruan mengenai maklumat lokasi ketika rakan selebriti itu menghubungi Pusat Kawalan Trafik (TMC) PLUS pada pukul 4.34 petang.

Kata Syed Mohammed Idid, maklumat yang diterima oleh pegawai yang menjawab panggilan tersebut kurang jelas.

Oleh demikian, pegawai berkenaan kemudian memintanya menghubungi pihak Lebuhraya Guthrie (GCE).

“Memandangkan informasi yang diberikan agak kurang jelas dan berkemungkinan berlaku di lebuhraya kendalian syarikat lain, pegawai kami telah menasihatkan supaya beliau menghubungi pihak GCE.

“Sebelum pengadu menghubungi semula PLUS pada jam 4:37 petang setelah mengesahkan kejadian tersebut berlaku di KM 9.2 (Arah Selatan) di NKVE, iaitu kira-kira tiga hingga empat kilometer dari sempadan lebuhraya GCE,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button