Nasional

Suami isteri dipercayai rentung dalam treler terbakar

SEPASANG suami isteri dipercayai rentung dalam kejadian treler terbakar di Kilometer (KM) 259.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Seremban-Port Dickson, hari ini, dikenal pasti sebagai lelaki dan perempuan yang dipercayai suami isteri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata identiti mangsa pertama yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mazlan Molot, 48.

“Mangsa kedua pula dikenal pasti sebagai Fauziah Uyop berusia dalam lingkungan 40-an. Kedua-dua mereka dipercayai suami isteri.

“Kemalangan itu juga membabitkan sebuah lagi kenderaan jenis Proton X70 yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tiada mengalami kecederaan,” katanya, hari ini. – SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button