Ekonomi

Bank Rakyat perkenal e-Lelong Ar-Rahnu, platform lelongan secara dalam talian

BANK RAKYAT memperkenalkan platform lelongan secara dalam talian, e-Lelong Ar-Rahnu bagi membolehkan pelanggan membuat bidaan barangan kemas atau barangan emas Pajak Gadai-i di mana-mana sahaja tanpa gangguan dan tekanan.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pengenalan inisiatif tersebut bertujuan untuk mempertingkat produktiviti dan kecekapan pengendalian sesi lelongan mengikut masa sebenar selain membantu menjimatkan masa pelanggan dan memastikan tidak berlakunya ketirisan maklumat.

Menerusi platform ini, pelanggan yang berdaftar boleh mengakses maklumat dengan lebih mendalam mengenai butiran barang lelongan, rekod transaksi lepas, tempat lelongan barangan dan harga rizab dengan lebih lancar dan mudah. Identiti pembida juga dirahsiakan yang mana secara tidak langsung meningkatkan ketelusan dan integriti proses lelongan.

Pelaksanaan platform e-Lelong Ar-Rahnu ini menunjukkan komitmen berterusan Bank dalam menyesuaikan capaian platform kepada tawaran produk dan perkhidmatan Bank dengan keperluan pelanggan serta persekitaran yang berubah-ubah menerusi penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam operasi perniagaan.


Untuk permulaan, barangan lelong yang ditawarkan adalah menerusi 10 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change seperti berikut:

1.    KL/Putrajaya

  • Ar-Rahnu X’Change Sentul
  • Ar-Rahnu X’Change Jalan Rakyat
  • Cawangan Bank Rakyat Desa Pandan
  • Cawangan Bank Rakyat Jalan Tangsi
  • Cawangan Bank Rakyat Bangsar

2.    Selangor

  • Ar-Rahnu X’Change Ampang
  • Ar-Rahnu X’Change Shah Alam
  • Ar-Rahnu X’Change Melawati
  • Cawangan Bank Rakyat Serdang Raya
  • Cawangan Bank Rakyat Seksyen 23, Shah Alam

Bagaimanapun, tawaran bagi inisiatif ini akan diperluaskan ke semua cawangan Bank Rakyat atau Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara secara berperingkat.

Pelanggan yang berminat boleh layari laman web e-Lelong https://arrahnueauction.bankrakyat.com.my/ untuk mendaftar dan ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat untuk sebarang notifikasi lelongan Pajak Gadai-i. Sesi lelongan berlangsung setiap bulan pada 20 atau 21 haribulan.

Artikel berkaitan > Bank Rakyat perkenal janji temu Ar-Rahnu dalam talian

(Visited 186 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button