Nasional

Pemberian khas kepada Sarawak, Sabah dinaikkan kepada RM300 juta – Anwar

PERDANA Menteri mengumumkan bantuan khas kepada Sarawak dan Sabah dinaikan kepada RM300 juta berbanding RM16 juta sekarang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya usai Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah pagi tadi berkata, perkara perberian itu tidak semestinya tetap dan akan diperincikan lagi pada masa hadapan.

“Satu perkara yang rumit dan lama dibincangkan, saya beritahu kepada Premier dan Ketua Menteri ialah pemberian khas Perkara 112D. Maknanya tiap tahun ikut perjanjian MA63, satu pemberian khas dilakukan tetapi saya teliti.

“Perbincangan bertahun tahun Sarawak ditetapkan dapat RM16 juta. Saya tak fikir ini munasabah. Untuk peringkat awal Premier menekankan perlunya formula. Saya setuju.

“Untuk itu peringat awal kita tingkatkan daripada RM16 juta kepada RM300 juta sebagai suatu sumbangan, tetapi tertakluk kepada formula ditetapkan (pada masa hadapan). Jangan terikat kepada RM300 juta itu. Harus diperinci supaya formula diterima pakai,” kata Anwar.

Mengenai isu projek RM50 juta yang diberi kuasa diluluskan di peringkat negeri, PM berkata jumlah itu boleh ditingkatkan sekiranya formaliti dan peraturan diikuti secara rapi.

“Apa rasional projek di bawah RM50 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Pengalaman menunjukkan birokrasi peringkat pusat itu, dan ada yang tidak dapat dibelanjakan. Jadi cabaran bagi negeri ialah mempesatkan pelaksanaan projek di bawah RM50 juta. Pemantauan dari segi peraturan kewangan dipatuhi

“Apakah had RM50 juta? Saya maklumkan sekiranya ini berjalan lancar, saya tidak ada masalah meningkatkan had RM50 juta itu kepada jumlah lebih tinggi,” katanya.

Anwar juga bersetuju dengan cadangan melantik wakil dari Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri asalkan berkelayakan. – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button