Nasional

Anwar umum Peruntukan RM1 bilion naik taraf prasarana CIQ di Sabah, Sarawak

PERDANA Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi tujuan memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sarawak dan Sabah.

Pengumuman itu sempena lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak hari ini.

Peruntukan itu kata Anwar, susulan perbincangan beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam lawanan 2 minggu lalu berhubung perpindahan ibu kota negara itu ke Nusantara, Kalimantan yang berkongsi sempadan dengan kedua-dua wilayah Malaysia itu.

“Kita telah putuskan untuk memberi peruntukan tambahan bagi penyediaan CIQS sempadan dari segi keselamatan dan meningkatkan keupayaan CIQS dan prasarana asas seperti jalan raya kerana kita tidak mahu dilihat seperti terlalu daif,” katanya dipetik dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan beberapa menteri Kabinet Persekutuan dan negeri. – SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button