Rencah Hidup

Jangan panik jika baki TnG tak cukup ketika nak keluar di tol PLUS

SEKARANG ini PLUS tidak lagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai Touch n Go (TnG) di plaza.

Sama ada ketika masuk ke lebuh raya atau semasa mahu keluar. Perkhidmatan tambah nilai itu sudah tidak disediakan.

Maka, berlakulah kes pengguna-pengguna tidak cukup baki TnG ketika tiba di plaza tol.

Apabila situasi ini berlaku, maka macam-macam hal terjadi. Termasuk ada yang panik.

Namun, kalau baki TnG anda tidak cukup ketika mahu keluar di plaza tol PLUS, jangan pula panik. Sebaliknya tekan butang intercom dan tunggu petugas PLUS datang untuk membantu.

Petugas yang juga dipanggil runner ini akan membantu kita untuk tambah nilai atau top-up TnG.

Oleh itu pengguna jalan raya kena ambil perhatian dan jangan sampai membahayakan nyawa melintas dari lorong-lorong ke lorong.

Perkara ini juga bertentangan dengan prosedur standard (SOP) PLUS.

Andinya kenderaan di belakang membunyikan hon sekali pun, jangan panik malah jangan marah-marah. Sebaliknya bertenang dan sabar sehingga runner sampai.

Pihak PLUS memberitahu, kejadian pengguna melintasi lorong ke pondok untuk top-up tidak sepatutnya berlaku.

Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan membuat aduan.

PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang mustahil untuk keluar atau tinggalkan kereta. Contohnya, yang kurang upaya (OKU), wanita sarat mengandung atau pun yang ada bayi dalam kereta.

Jadi, kepada para pengguna terutama wanita, kalau baki tidak mencukupi terus tekan butang intercom dan tunggu bantuan tiba.

Jangan disebabkan panik, kita bergadai nyawa melintasi dari lorong ke lorong.

Tetapi adalah lebih baik kalau kita pastikan baki dalam TnG mencukupi. Untuk topup boleh dilakukan di mana-mana. Di stesen minyak malah di mesin ATM.

Namun, jika berlaku keadaan tidak bernasib baik, baki tidak cukup ketika hendak keluar dari lebih raya, maka ikut SOP ini.

Orang belakang pula, kena bertimbang rasa sikit. Jangan hon sesuka hati. Mesti ada sebab apabila sesebuah kereta itu tiba-tiba tersangkut di hadapan kita.

(Visited 5,420 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button