fbpx
Hiburan

Nubhan tunjal kepala isteri hanya ‘prank’ untuk hadiahkan Vellfire

PENYANYI Nubhan Ahamad berkata, adegan dalam video tular dia menunjal kepala isterinya hanya semata mata prank sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Katanya, berdasarkan peracangan, tujuannya adalah untuk menaikkan kemarahan isterinya sebelum dia menghadiahkan sebuah kereta Toyota Vellfire kepada isterinya itu.

Lagi pula, isterinya Dr. Afifah Hidayah Tawfek juga mengidamkan kereta tersebut tetapi Nubhan mahu menghadiahkannya dalam suasana yang istimewa iaitu dengan malakukan prank.

Memetik laporan Utusan Online, Nubhan berkata, ketika video itu dirakam isterinya tidak tahu.

Malah katanya, rancangan untuk membuatkan isterinya marah juga tidak berjaya walaupun sudah berusaha sebaik mungkin.


“Memang tidak terniat sebenarnya mahu menunjal kepala dia, tidak sengaja,” katanya.

Nubhan bagaimanapun mengakui rasa bersalah kerana menunjal kepala isterinya dalam prank tersebut.

Akibatnya, tindakan itu dia telah dikecam warganet memandangkan dia sudah memuat naik keseluruhan video ‘prank’ itu di laman YouTube miliknya .

“Hubungan saya dengan isteri tidak ada apa-apa masalah pun sehingga kini memandangkan apa yang berlaku hanya ‘prank’. Malah isteri juga hanya ketawa bila semuanya berakhir.

“Mengenai kecaman saya tidak rasa selepas ini takut untuk melakukan apa-apa ‘prank’ lagi sebab soal kecaman ini kita tidak lakukan apa-apa pun boleh kena kecam,” katanya.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button