Nasional

Harga tol PLUS turun mulai Februari 2020

RAKYAT Malaysia khususnya pengguna rangkaian lebuh raya di bawah seliaan konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bakal menikmati harga tol yang lebih rendah.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, pengurangan sebanyak 18 peratus akan bermula pada 1 Februari ini.

Pengurangan itu merangkumi Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) dan Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite).

Selain itu turut termasuk adalah Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH).

Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP) turut terlibat dalam pelaksanaan pengurangan kadar tol.

“Kadar akan berkurang daripada 13.6 sen kepada 11.15 sen setiap kilometer. Ia adalah lebih rendah berbanding kadar tol pada 1999, 11.24 sen.

“Ini bermakna kadar tol dari Jalan Duta ke Alor Setar ditetapkan pada RM45.50 berbanding RM55.50, sementara ke Skudai pula RM38.50 berbanding RM47.00 sekarang,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi tempoh konsesi pegangan Plus akan dilanjutkan 20 tahun lagi dari 2038 kepada 2058.

Lanjutan tempoh itu disifatkan sebagai ganti kepada pengurangan kadar tol.

“Dalam tempoh sehingga tamat konsesi, kerajaan akan memastikan tiadak kenaikan kadar tol dikenakan.

“Plus akan terus diberi tanggungjawab memegang konsesi bagi menyelenggara lebuh raya,” ujarnya. – SM

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button