fbpx
Ekonomi

KWSP, Khazanah kekal pemegang saham PLUS

KERAJAAN memutuskan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang saham syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Keputusan itu dibuat selepas kajian dan maklumat pelbagai pihak menerusi beberapa cadangan termasuk daripada kementerian tertentu.

“Pelbagai pihak termasuk Kementerian Kerja Raya, Kewangan, Hal Ehwal Ekonomi memberi maklumat dan cadangan untuk memutuskan keputusan terbaik.

“Kerajaan yakin keputusan ini akan memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan membolehkan Plus untuk terus beroperasi dengan kedudukan kewangan baik,” katanya.

Katanya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.


Dalam perkembangan lain, kerajaan melanjutkan tempoh pegangan konsesi Plus dari 2038 kepada 2058.

Lanjutan selama 20 tahun itu berikutan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bermula Febrari ini.

Selain itu, kerajaan juga tidak lagi akan menanggung beban membayar pampasan kepada syarikat konsesi itu.

Keputusan itu membolehkan kerajaan memperoleh penjimatan sehingga RM42 bilion.

“Sepanjang tempoh konsesi, kerajaan tidak akan menanggung beban pampasan kepada Plus.

“Bagaimanapun, Plus terus kekal sebagai pengendali yang memegang aset, liabiliti dan menanggung kos operasi serta penyelenggaraan,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button