EkonomiNasional

KWSP umum dividen lebih tinggi 5.50% bagi 2023

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.50% untuk simpanan konvensional dan syariah 5.40% bagi 2023, kedua-duanya lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Tahun lalu, dana persaraan itu memberikan dividen 5.35% untuk simpanan konvensional dan syariah 4.75% bagi 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn mengumumkan, kadar itu dalam taklimat media mengenai prestasi dana persaraan 2023 di Menara KWSP, Kwasa Damansara.

Beliau berkata, kadar lebih tinggi itu mungkin disebabkan prestasi baik pelaburan asingnya yang menyumbang 38% daripada jumlah asetnya.

Jumlah pembayaran dividen keseluruhan bagi 2023 berjumlah RM57.8 biion, melibatkan RM50.3 bilion bagi simpanan konvensional dan RM7.5 bilion simpanan syariah.

Pada 2021 dividen simpanan konvensional dan syariah masing-masing 6.1% dan 5.65% manakala pada 2020 dividen simpanan konvensional adalah 5.2% dan syariah pula 4.9%.

Dividen tertinggi pernah diumumkan adalah 8.5% dari 1983 hingga 1987 dan 8% dari 1988 hingga 1994.

Pembayaran kepada pencarum bagi 2023 berjumlah RM57.8 bilion, terdiri RM50.3 bilion untuk simpanan konvensional dan syariah RM7.5 bilion. – SM

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button