Nasional

Telegram sedia kerjasama SKMM perkemas kawal selia

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Telegram sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memperkemaskan aspek kawal selia platform berkenaan terutama dalam membanteras aktiviti scam dan judi dalam talian.

Beliau berkata, perkara itu disampaikan Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Telegram, Pavel Durov dalam pertemuan di Dubai, semalam bagi membincangkan isu berbangkit melibatkan platform media sosial itu yang mempunyai kira-kira 15 juta pengguna di Malaysia.

Fahmi berkata, selain isu kawal selia platform berkenaan, perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif itu turut memberi fokus berkaitan teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI).

“Pavel turut menyatakan minat untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai beberapa peluang kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

“Sehubungan itu, saya juga telah menjemput beliau untuk berkunjung sendiri ke Malaysia, bagi meneruskan perbincangan dengan beberapa pihak terlibat,” katanya usai pertemuan tersebut..

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Pavel juga menyatakan komitmennya untuk melebarkan sayap operasi ke Malaysia pada masa akan datang. – SUMBER BERNAMA – SM

BACA Berikut Kod etika wartawan

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button