Nasional

Kerajaan setuju KWSP laksana pengeluaran bulanan

KERAJAAN secara dasar bersetuju dengan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pilihan pengeluaran pencarum secara berkala atau bulanan.

anwarPerdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat akhir selain melihat beberapa kekangan termasuk jumlah baki simpanan semasa pencarum.

“Itu masih di peringkat akhir. Saya tiada keberatan, (namun) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kata, ada beberapa kekangan terutama di kalangan (pencarum) yang mempunyai simpanan kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023).

Sebelum ini Amir Hamzah yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) memaklumkan, KWSP sedang mempertimbang untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu.

Ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela. – SM

BACA Anwar tak gentar pembangkang guna isu KWSP menjelang PRN

BACA Hampir RM1b pinjaman peribadi KWSP diluluskan

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button