Politik

Anwar tak gentar pembangkang guna isu KWSP menjelang PRN

MAINLAH isu apa termasuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu tidak akan menggentarkan atau menggoyah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebagai politikus berpengalaman, memang isu itu telah dijangka oleh Anwar yang akan dijadikan sebagai senjata pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan menjelang PRN nanti.

Bagaimanapun, perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun itu mengulangi pendirian kerajaan, tidak akan membenarkan pengeluaran khas itu.

Beliau seterusnya berkata, Putrajaya tidak akan gentar dengan taktik pembangkang yang terus menghasut rakyat untuk mendesak pengeluaran KWSP bersasar.

Anwar berkata, beliau tidak akan membuat keputusan hanya untuk memenuhi selera sekumpulan kecil pencarum KWSP memandangkan badan berkanun itu berperanan memelihara dana saraan hari tua.

kwsp
GAMBAR HIASAN – KWSP

“Masa Covid-19 lain sebab keadaan mendesak ketika itu. Tetapi sekarang, rakyat sudah bebas untuk keluar bekerja.

“Sebab itu saya setuju dengan usul pengurusan KWSP tidak lagi membenarkan pengeluaran kecemasan,” katanya ketika berucap merasmikan Menara KWSP Kwasa Damansara seperti mana dilaporkan oleh FMT hari ini.

Anwar berkata, beliau percaya isu pengeluaran bersasar KWSP ini akan terus dimainkan oleh pihak di sebelah sana termasuk menjelang PRN akan datang tetapi ia tidak menggusarkan pihak di sebelah sini.

DATUK Seri Hamzah Zainuddin

Pada sidang Dewan Rakyat bulan lalu, Ahli Parlimen pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan selepas tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak pada permulaan persidangan.

Ia selepas seorang pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 48, dilaporkan berjalan lebih 300km dari Skudai, Johor ke Istana Negara untuk mendesak pengeluaran simpanan KWSP bersasar.

Kisahnya mendapat perhatian pemimpin Bersatu termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dibawa bertemu Ahli Parlimen lain di bangunan Parlimen ketika itu. – SM

BACA PAUTAN Pertimbangkan pengeluaran KWSP bersasar – Muhyiddin

BACA PAUTAN Tuntut KWSP bersasar demi anak-anak, kembara Noorazlan dapat perhatian Hamzah Zainudin

 

 

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button