Nasional

Hampir RM1b pinjaman peribadi KWSP diluluskan

SEJUMLAH RM981.9 juta telah diluluskan untuk Kemudahan Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (FSA2) sehingga 11 Jun, kata Kementerian Kewangan.

Sejumlah RM878.6 juta melibatkan kemudahan FSA di bawah MBSB Bank Bhd dan baki RM103.3 juta adalah di bawah Bank Simpanan Nasional, katanya.

“Seramai 168,925 pencarum memohon FSA2, tetapi hanya 88,414 pemohon yang layak dan daripada jumlah ini, 47,696 bersetuju menerima tawaran pembiayaan itu,” kata kementerian dalam jawapan bertulis kepada Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff di Dewan Negara, hari ini.

Antara sebab permohonan ditolak ialah permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayakan dan baki Akaun 2 tidak mencukupi, katanya.

Permohonan untuk FSA2 Fasa 1, yang dibuka pada 7 April 2023, akan ditutup pada 6 April 2024. -SM

BACA KWSP lancar panduan Belanjawanku, aplikasi Belanjawanku

Baca juga : Dalam telefon bimbit Ebit Lew ada sejarah laman sesawang lucah

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button