Nasional

Tai Kim guna bahasa Cina dalam sidang akhbar satu penghinaan kepada Mujahid

TIMBUL persoalan dalam kalangan netizen tahap kemahiran Tan Tai Kim berbahasa kebangsaan apabila Presiden Dong Zong itu bercakap dalam bahasa Cina dalam sidang akhbar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Dalam sidang akhbar pada 16 Januari itu kenyataan Tai Kim dalam bahasa Cina kemudiannya diterjemahkan oleh seorang jurubahasa ke dalam bahasa kebangsaan.

AHMAD MURAD MERICAN

Ahli Akademik Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, tindakan Tai Kim berbahasa Cina pada sidang akhbar berkenaan dianggap sebagai satu penghinaan kepada Mujahid dan kerajaan.

“Presiden Dong Zong tidak/tidak tahu/tidak mahu bercakap Melayu dalam Majlis 16 Januari yang di hadiri oleh seorang menteri Kabinet kerajaan Malaysia.

“Ini satu penghinaan kepada jawatan itu, satu penghinaan kepada kerajaan dan warga negara Malaysia. Tindakan Presiden itu ada satu kebiadaban.

“Haramkan Dong Zong. Sekolahkan presiden dan ahli Dong Zong ke budaya arus perdana bahasa dan budaya kebangsaan atau lucutkan kewarganegaraan mereka,” gesa Murad.

Mujahid bertemu pemimpin Dong Zong di Kompleks Islam Putrajaya bagi membincangkan isu berkaitan pengenalan tulisan Jawi sebanyak tiga muka surat di sekolah jenis kebangsaan Cina yang telah dikritik oleh pertubuhan itu.

Malaysiakini dalam laporannya menyebut, Mujahid berkata, Dong Zong tidak rasis dan tidak menolak tulisan Jawi.

“Kami juga bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Zong menentang pembelajaran dan pengajaran Jawi.

“Dong Zong bukan pertubuhan yang rasis.

“Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak,” kata Mujahid.-SM

 

 

 

(Visited 588 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button