Hiburan

Elizabeth Tan dah kahwin?

HARI ini tular di laman sosial beberapa keping gambar dan video yang didakwa merupakan majlis perkahwinan penyanyi Elizabeth Tan.

Gambar itu dipercayai dimuat naik di laman sosial oleh bapa Elizabeth Tan sendiri iaitu David Tan Suan Chew.

Dalam video dan gambar yang itu, penyanyi lagu Semua Sudah itu dilihat mengenakan busana rona putih manakala lelaki pula mengenakan sut lengkap.

Lebih menguatkan dakwaan apabila seorang pengguna Instagram, @_esthygram_ dipercayai rakannya turut memuat naik beberapa posting memaparkan penyanyi berusia 28 tahun itu telah selamat bergelar isteri.

Ini bukan kali pertama Elizabeth Tan didakwa telah berkahwin kerana sebelum ini juga tular gambarnya mengenakan busana pengantin.


Namun, gambar tersebut telah dinafikan Elizabeth yang memberitahu bahawa ianya adalah bertujuan untuk klip video terbaharunya.

Setakat ini, belum ada lagi kenyataan rasmi berkaitan dengan perkara ini. – SM

(Visited 459 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button