Hiburan

Shakilla tidak sangka aktiviti taman tema air bertukar majlis akad nikah

Baru-baru ini penyampai radio Hotfm Fizi Ali, mengejutkan orang ramai apabila dia menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.

Namun bekas isterinya, Shakilla Khoriri mengeluarkan kenyataan terkejut, sehari sebelum Fizi bernikah mengambil anaknya dengan alasan Ameena dan bawa ke taman tema air.

Fizi Ali bersama anaknya Ameena

Shakilla juga tidak menyangka apabila aktiviti taman tema air bertukar menjadi majlis akad nikah.

Aktres berusia 34 tahun itu berkata, dia tidak ada sebarang isu mahupun masalah sekiranya Fizi berterus terang kepadanya.

‘’Saya tidak tahu nak fikir macam mana dan nak komen apa. Dia sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan, sepatutnya dia berterus terang sahaja dengan saya. Saya tiada isu pun kalau dia nak bernikah.

‘’Bila orang ramai beritahu bapa Ameena bernikah, saya jadi terpinga-pinga nak jawab, sebab tak tahu menahu. Saya pernah tanya bila nak nikah, dia hanya jawab soon sahaja, tapi tidak tahu pula hari Isnin.

Sementara itu, Shakilla berkata dia tiada sebarang ucapan istimewa untuk Fizi dan isterinya, namun hanya mendoakan pasangan itu bahagia.

‘’Saya tiada ucapan apa-apa. Saya pun tidak mahu cakap lebih-lebih sebab nanti orang kata saya tak move on pula. Doakan sahaja yang baik-baik untuk dia dan pasangan. Semoga dia bahagia dan tiada isu lagi.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Namun disahkan bercerai pada Disember 2021.

Artikle Berkaitan :>

Shakilla Khoriri sedia ajak pemfitnah bersemuka, dituduh penyondol suami orang

Fizi Ali dan Shakilla Khoriri sepakat jaga anak walaupun sudah bercerai

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button