Hiburan

Izzmad Harun tampil duet lagu runut bunyi animasi

CHANDAN drama animasi terbitan tempatan menampilkan lagu runut bunyi berjudul Seikhlas Hati Setulus Budi ciptaan Arie Arif Jahad bersama Hadi Hassan, dinyanyikan secara berduet oleh Izzmad Harun dan Adriana Zatasya.

Chandan ialah drama animasi lapan episod akan disiarkan di salah sebuah stesyen televisyen tempatan.

Menurut Izzmad, 27, peluang untuk merakamkan lagu runut bunyi animasi Chandan tidak mampu ditolak kerana ia membuka ruang baharu buat anak kelahiran Teluk Intan, Perak.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, esok saya akan masuk studio rakaman.

“Dalam keadaan kita berjaga-jaga disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerjaya dan kehidupan perlu diteruskan,” katanya yang hadir ke pejabat SUARA MERDEKA di Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, lapan tahun Izzmad sebagai artis dalam industri hiburan dan selain tampil sebagai penyanyi, beliau turut melangkah ke dunia lakonan.

Terkini lakonan Izzmad ditayangkan menerusi Malaysian Ghost Stories dalam episode Nenek Kebayan arahan Zack Azhari Zain dan Pelesit, arahan Suhaimi Eeon.

Ketika ditanya tentang perasaan mendapat lagu runut bunyi, kata Izzmad, “Mula-mula dapat lagu, ini sesuatu yang baharu dan nak buat. Rasa seronok dan teruja kerana sebelum ini, tidak pernah merakamkan lagu runut bunyi untuk animasi.

“Tarikannya adalah golongan kanak-kanak dan dalam lapan episod ini akan ada satu episod yang mengisahkan tentang saya,” katanya yang akan menyanyikan lagu Nilai Kasih secara busking.

Kata Izzmad lagi, sekiranya rezeki berpihak kepadanya, suara beliau akan digunakan untuk salah satu karektor dalam Chandan.

“Itu semua belum pasti, sama-sama kita berdoa. Insya-Allah,” katanya.

Untuk rekod, Chandan ialah bukit di Kuala Kangar, Perak dan karektor yang dicipta dalam animasi ini banyak mempromosikan Negeri Perak.  – SM

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button