Hiburan

Intan Ladyana dan Harris Alif umum nikah 6 Februari

Betul ke usia adalah pengukur tahap kematangan seseorang lebih-lebih lagi bila membuat keputusan memilih pasangan hidup? Salah tu!

Kita sebenarnya menjerat diri sendiri jika meletakkan umur sebagai kriteria utama dalam memilih pasangan hidup kerana banyak perkara lain seperti persefahaman antara satu sama lain yang sebenarnya yang jauh lebih penting!

Tak kisah lah orang biasa mahupun selebriti, ada sahaja yang memilih pasangan hidup jauh lebih muda.

Di Malaysia, antara selebriti yang memiliki pasangan lebih muda ialah pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Ella Aminuddin dan Azhar Ghazali, Datuk Sheila Majid dan Acis, serta Linda Jasmin dan Que Haidar.

Terbaharu, pelakon Intan Ladyana mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, pengacara dan pelakon, Harris Alif dalam satu sidang media yang diadakan pada Selasa lalu.

Intan, 38, dan Harris, 21, berkata mereka sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka dan menjadi pasangan sehidup semati masing-masing.

Kata Harris, dia tidak pernah melihat perbezaan usianya sebagai penghalang untuk bergelar suami kepada Intan kerana katanya kematangan bukan diukur berdasarkan umur seseorang.

Betul tu!

Kata Harris lagi, dia juga sudah mempersiapkan diri untuk menjadi suami dan memimpin Intan sebagai isterinya.

“Saya sudah membuat persiapan sendiri untuk menjadi seorang lelaki yang boleh menjadi suami dan memimpin keluarga. Ibu bapa saya telah tunjukkan tunjuk ajar yang baik,” jelasnya lagi.

Harris juga berkata dia banyak bergaul dengan orang yang lebih dewasa daripadanya lantas sedikit sebanyak membentuk kematangannya dalam melihat sesuatu perkara.

Malah, Intan juga mengakui sifat matang Harris mencuri hatinya meskipun jarak usia mereka menjadi topik perbualan ramai orang.

“Sejak awal perkenalan saya sudah melihat Harris lebih matang dari usianya, lebih-lebih lagi dari cara dia berkomunikasi. Saya tidak kisah tentang usianya kerana ianya hanya angka, bukan untuk mengukur kematangan Harris,” kata Intan.

Pasangan yang hampir setahun menjalin cinta ini bakal disatukan pada 6 Februari depan dan memilih sebuah masjid di Kuala Lumpur sebagai lokasi majlis pernikahan mereka.

Majlis resepsi mereka juga akan diadakan dan akan diumumkan lokasinya kelak.

(Visited 747 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button