fbpx
Nasional

Covid-19: Tiada sekatan persekolahan, sambutan Aidil Adha

KERAJAAN tidak akan menangguhkan sesi persekolahan meskipun berlaku peningkatan jangkitan pandemik Koronavirus (Covid-19) sejak akhir-akhir ini.

Ini kerana, prosedur operasi standard (SOP) di sekolah dipatuhi membolehkan sesi persekolahan bagi murid selain yang terlibat dengan peperiksaan awam dibuka.

“Memang kerajaan bimbang dengan suasana sekarang. Sebelum mereka dapat kembali ke sekolah.

“Kita adakan SOP iaitu langkah pencegahan (jangkitan Covid-19).

“Hari ini adalah hari yang penting. Kumpulan terakhir anak darjah satu hingga darjah empat bersekolah semula.


BACA > Pindahkan ibu negara ke Sabah atau Sarawak? — Suara Merdeka

“Kita dapat lihat awal lagi apabila kita lepaskan pelajar tingkatan lima dan enam, kita melihat kepatuhan SOP.

“Saya juga ada melawat beberapa sekolah di Putrajaya.”

Demikian kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dalam sidang akhbar di Parlimen seperti dipetik laporan portal MalaysiaGazette hari ini.

Dalam sidang akhbar sama, beliau juga memaklumkan tiada arahan dikeluarkan bagi larangan merentas negeri ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Katanya, walaupun berlaku peningkatan yang melibatkan jumlah lebih besar berbanding awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun angka tepat.

Laporan kes tiga angka mungkin menjadi penanda aras jika mahu pertimbangkan pelaksanaan semula PKP.

BACA > 7 direman kes sindiket manupulasi maklumat peribadi pengguna telefon bimbit — Suara Merdeka

Tambah Dr. Noor Azmi, meskipun berlaku peningkatan dalam rekod semasa Covid-19, namun angkanya masih rendah.

“Belum ada keputusan macam itu lagi (larangan rentas negeri).

“Cuma keadaan tidak bagus sebab kes meningkat tetapi kita masih lagi angka yang rendah,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau menambah jika berlaku peningkatan ketara dan kes memuncak, kerajaan mungkin terpaksa bertindak demi keselamatan semua orang.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 18 kes serta dua kluster baharu dikesan.

Lapan daripada kes hari ini melibatkan warganegara sementara kluster tersebut adalah Hyde Park (sebuah kapal di Pelabuhan Klang) dan PUI Melbourne.

Dengan catatan kes baharu pada hari ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kini sebanyak 8,831, bagaimanapun tiada kematian dimaklumkan.

BACA > Perlis tetapkan SOP ibadah korban — Suara Merdeka

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 142 orang merupakan kes aktif termasuk lima yang berada di unit rawatan rapi dan seorang memerlukan bantuan alan pernafasan. – SM

 

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button