BeritaNasional

Idea Rakyat : Usah Malu Kibar Bendera Putih Untuk Terima Bantuan Jika Bena-Benar Terdesak!

Rakyat Malaysia yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kehilangan pekerjaan atau tidak dapat mencari rezeki harian dinasihatkan untuk bersabar dan kongsi masalah.

Individu atau keluarga yang terkesan diminta untuk jangan malu-malu kibarkan bendera putih pada kediaman masing-masing sebagai isyarat memerlukan bantuan daripada jiran tetangga.

Inisiatif ini datangnya daripada rakyat yang lebih memahami jiwa rakyat dan sedih melihat kes bunuh diri semakin menjadi-jadi setelah PKP terus dilanjutkan.

Tidak mahu keadaan demikian berlarutan, inisiatif ini diperkenalkan dan disambut baik oleh pelbagai lapisan anggota masyarakat Malaysia yang baik hati.

(Visited 222 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button