Politik

Pindahkan ibu negara ke Sabah atau Sarawak?

KERAJAAN Malaysia dikatakan perlu mempertimbangkan pemindahan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ke Borneo sama ada di Sabah atau Sarawak seperti dilakukan Indonesia.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau selepas mempersoalkan penggunaan istilah ‘Tanah Melayu’ oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Hal demikian dilihat sebagai desakan terhadap kerajaan untuk membuktikan kesetiaan kepada Perjanjian Malaysia 1963 serta tidak menganaktirikan Sabah dan Sarawak.

Katanya, ukuran tanah di Sabah dan Sarawak adalah jauh lebih besar berbanding di semenanjung yang merangkumi 60 peratus keluasan.

“Sabah dan Sarawak ini tanah besar Malaysia.”

BACA > Utamakan pembentangan RUU Gangguan Seksual — Suara Merdeka

Demikian kata Ahli Parlimen Tuaran dan Presiden UPKO itu yang dipetik laporan portal Malaysiakini dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Sebelum itu, dalam sidang akhbar tersebut, beliau dilaporkan menyelar tindakan Tajuddin, mengenai takrifan Tanah Melayu.

Menurutnya, tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu menggesa semua orang harus mengakui Malaysia sebagai Tanah Melayu bertentangan dengan kewujudan Sabah dan Sarawak.

Malah, beliau mendakwa takrifan Tanah Melayu melalui sejarah juga adalah salah.

“Kenyataan ni secara fakta salah, secara sejarah salah,” tegasnya.

Tambah Wilfred, pemikiran sedemikian akan menyebabkan Sabah dan Sarawak terus terpinggir daripada pembangunan negara.

Ini kerana, gabungan Sabah, Sarawak dengan semenanjung pada 16 September 1963 merupakan penubuhan persekutuan Malaysia.

BACA > Orang UMNO tolak Pakatan Nasional – Ku Li — Suara Merdeka

Ketika itu juga, pengisytiharan tersebut turut menyaksikan Singapura juga menjadi sebahagian daripada negara ini.

“Kami di Sabah dan Sarawak akan jadi after thought. Mereka rancang pembangunan, kononnya Malaysia, tetapi hanya merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu sahaja.

“Maka peminggiran Sabah Sarawak akan berterusan,” ujarnya yang turut memaklumkan rakyat Sabah mahu pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dalam pada itu, beliau juga dilaporkan meminta Sabah dan Sarawak menyokong Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.

Hal itu susulan cadangan yang diumumkan oleh bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi memilih Mohd. Shafie sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) mengenai spekulasi bekas Perdana Menteri itu akan menyertai Warisan.

Menjawab spekulasi tersebut, Pengerusinya, Liew Vui Keong menyatakan Warisan perlu pertimbang pindaan perlembagaan untuk menerima Ahli Parlimen Langkawi itu.

BACA > Berbaloi ke gubal perlembagaan Warisan untuk Tun Mahathir? — Suara Merdeka

Bagaimanapun, kenyataan Vui Keong dibalas dengan amaran oleh penganalisis politik yang menyatakan akan berlaku kepincangan dalam parti sekiranya Dr. Mahathir diterima dalam parti untuk rakyat Sabah itu. – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button