NasionalNegeri

Pemangku Raja sambut baik pelabur bangunkan pertanian komersial di Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyambut baik pelabur-pelabur bersaiz sederhana serta individu-individu tempatan yang telah membangunkan projek-projek pertanian komersial di negeri Perlis.

Baginda bertitah, ini dapat dilihat dengan adanya ladang Harumanis Perlis, superfruits, nanas, jagung bijian, pusat-pusat ternakan lembu, kambing, ayam kampong, itik dan burung puyuh.

Tuanku Syed Faizuddin memberikan ucapan kepada penerima zakat MAIPs di di Masjid Babul Ibadah Kampung Chemumar baru-baru ini.

Titah Baginda, dengan keadaan tanah subur di Perlis juga telah membolehkan tanaman jagung bijian berkualiti tinggi dan rumput napier dapat dihasilkan secara besar-besaran di negeri ini.

“Terkini, Perlis merupakan salah satu negeri yang telah membantu negara mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan makanan ternakan dari negara luar,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 140 asnaf terpilih dari kalangan anak Kariah Kampung Chemumar dan Kampung Sematang Serdang di Masjid Babul Ibadah Kampung Chemumar baru-baru ini.

Salah seorang asnaf menerima sumbangan MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra di di Masjid Babul Ibadah Kampung Chemumar baru-baru ini.

Masing-masing menerima RM700 dan jumlah penuh disumbangkan oleh MAIPs pada kali ini ialah RM98,000.

Pemangku Raja menambah bahawa kekurangan bekalan makanan serta kenaikan harga makanan telah menjadi bualan dan rungutan rakyat.

“Merujuk Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2022, Malaysia berada di tangga ke-41 di mana terdapat penurunan tujuh anak tangga,” titah Baginda.

Titah Baginda, ini menunjukkan bahawa sektor ini masih perlu diberi perhatian agar jaminan bekalan makanan negara terus terjamin dan tidak bergantung kepada import. – SM

BACA Pelaburan RM170 Bilion China: Faktor perubahan besar untuk Ekonomi Malaysia

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button