Nasional

SOP ibadah korban termasuk kehadiran dan kesihatan haiwan

PROSEDUR operasi standard (SOP) ibadah korban akan memberi penekanan kepada jumlah kehadiran individu semasa ibadah korban.

Ia merangkumi kesihatan haiwan ternakan yang terlibat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, SOP berkenaan akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

BACA > Thailand bakal lanjut perintah darurat — Suara Merdeka

“Saya berharap SOP berkenaan akan digunakan secara seragam di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program ibadah korban dan akikah di Kemboja anjuran Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Pada Rabu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha dibenarkan di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, perlu mematuhi SOP yang ketat melibatkan kapasiti kehadiran maksimum 30 orang, pada satu-satu masa bagi menguruskan seekor lembu.

BACA > Dari 790 kes memuncak 2,596 kes: Dr. Noor Hisham imbas 100 hari PKP — Suara Merdeka

Setakat ini, negeri yang membenarkan ibadah korban ialah Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor. – BERNAMA

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button