Nasional

Ramai mangsa banjir Johor dibenar pulang

JUMLAH mangsa banjir di Johor berkurang kepada 284 orang daripada 75 keluarga, berikutan penutupan empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS).

Pagi tadi,  475 orang daripada 115 keluarga direkodkan yang mendapat perlindungan di sembilan PPS.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata empat  PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 18 dan SK Kampung Melayu Raya.

BACA > PKP: Sesi latihan yang tidak akan dilupakan oleh Kisona — Suara Merdeka

Sekolah Agama Tiga Serangkai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut, yang ditutup secara berperingkat sejak 1 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, terdapat satu PPS dibuka di Daerah Batu Pahat sekali gus menjadikan sebanyak enam PPS yang masih beroperasi di negeri ini.

“Muar masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 157 orang daripada 44 keluarga, diikuti Batu Pahat iaitu 113 orang daripada 27 keluarga,” katanya menerusi  satu kenyataan, di sini, hari ini.

BACA > Penukaran aliran lalu lintas dua hala ke sehala di sebahagian Lorong Air Terjun, Georgetown — Suara Merdeka

Manakala Pontian pula hanya seramai 14 orang melibatkan empat keluarga. – BERNAMA 

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button