Nasional

Ibadah korban di Sarawak perlu permit Veterinar

MASJID dan surau di Sarawak yang akan menjalankan ibadah korban perlu mendapatkan permit penyembelihan ternakan daripada Pejabat Veterinar Negeri atau Daerah.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata mengikut garis panduan yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak.

Justeru, masjid dan surau yang berkenaan juga perlu mewujudkan jawatankuasa pengelola dan mendaftar dengan Pejabat Agama Islam Bahagian.

BACA > Anwar terselamat daripada ‘jerat’ Dr. Mahathir — Suara Merdeka

“Penganjuran ibadah korban pada tahun ini perlu mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak.

“Manakala pembekal binatang untuk korban juga hendaklah memperolehi sijil kesihatan veterinar daripada Pejabat Veterinar Negeri atau Daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah individu yang dibenarkan bagi proses penyembelihan ialah seramai 10 orang; melapah (20 orang).

Bagi memotong, menimbang dan membungkus pula 10 orang, manakala peserta dan penerima pula maksimum 20 orang.

“Mana-mana individu yang disahkan positif COVID-19 atau baru sembuh dengan notis kuarantin atau mempunyai gejala adalah dilarang hadir.

BACA > SOP ibadah korban termasuk kehadiran dan kesihatan haiwan — Suara Merdeka

“Tapak penyembelihan mestilah sesuai, bersih dan selamat serta tidak berhampiran saliran awam (parit dan longkang) dan dibenarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya. – BERNAMA

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button