Nasional

Polis tarik balik arahan isi borang untuk perjalanan antara negeri

POLIS menarik balik arahan mengisi borang jika mahu melakukan perjalanan antara negeri dalam tempoh kawalan pergerakan hanya selepas beberapa jam ia diumumkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, orang ramai yang mahu mengadakan perjalanan antara negeri dalam tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu.

Katanya, arahan baharu akan dikeluarkan namun sementara itu orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19

“Arahan mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakaan dan perjalanan,” katanya seperti yang dipetik daripada Astro AWANI malam ini.

Pada sebelah petang Selasa, Abdul Hamid mengumumkan supata orang ramai melaporkan diri di  balai polis berhampiran jika mahu melakukan perjalanan antara negeri dengan mengisi borang yang disediakan.

BERITA BERKAITAN: Kena dapatkan kebenaran polis jika mahu bergerak antara negeri

Ekoran itu, balai polis di sekitar Lembah Klang terutama diserbu oleh orang ramai terutama para pelajar institusi pengajian tinggi yang terpaksa pulang ke kampung ekoran tindakan pihak universiti menutup kampus.

Pada pelajar terbabit tidak ada pilihan selain terpaksa balik kampung dengan melakukan perjalanan merentas negeri.

BERITA ASTRO AWANI: Jangan serbu balai polis, arahan mengisi borang ditarik balik sementara waktu

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button