Nasionalpilihan

Wee Ka Siong persoal Lim Guan Eng kenapa berdolak dalik ketika diajak berdebat?

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdolak dalik bila diajak berdebat untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen.
Malah, Ka Siong turut hairan sama ada telefon Guan Eng sudah rosak kerana tidak boleh menjawab panggilan daripada stesen televisyen TV3.
“Pihak TV3 telah mencuba banyak kali untuk bercakap dengan YB mengenai perdebatan kita. Mereka juga mahu mendapatkan pengesahan kehadiran YB pada 2 November nanti.
“Saya telahpun menyatakan persetujuan atas tarikh 2 November yang disyorkan TV3 sejak dua minggu lalu. Saya juga bersetuju dengan konsep debat secara langsung dalam talian,” katanya.
Ka Siong turut menyatakan yang beliau sudah lama bersedia untuk berdebat dan bertanyakan soalan sama kepada Guan Eng.
“Apa cerita ni YB… Hinggakan pihak TV3 bertanya kepada saya, sama ada YB masih berminat untuk berdebat?! Saya memang sudah lama bersedia. YB macam mana?
“Daripada YB berterusan merapu dan mencetuskan propaganda dengan ‘meme’, lebih baik YB jawab panggilan TV3 dan usah memberi alasan untuk lari daripada perdebatan,” katanya.
Terdahulu, Guan Eng menerusi satu status di akaun Facebook miliknya menyatakan yang Ka Siong kurang pandai tentang dunia digital apabila Menteri KKMM, bekas pengerusi MDEC, MyIx, Facebook, Google semuanya menyatakan bahawa dasar Kabotaj oleh Wee Ka Siong menyebabkan Malaysia tidak dilibatkan dalam projek kabel dasar laut Apricot dan kehilangan berbilion ringgit dalam pelaburan berteknologi tinggi.
Malah, Guan Eng juga menyatakan bawah Ka Siong masih berdegil dan menafikan perkara tersebut.
Guan Eng turut mengajak Ka Siong untuk berdebat pada 23 Oktober lalu namun terpaksa dibatalkan kerana Menteri Pengangkutan itu mempunyai urusan kerja rasmi di London. -SM
(Visited 85 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button