JenayahNasional

Penagih mengamuk guna dua bilah parang, bakar rumah sendiri

SEORANG lelaki yang sedang dalam pengaruh dadah mengamuk serta menghalau ahli keluarganya menggunakan parang sebelum membakar rumah mereka dalam kejadian di Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong, Baling, Kedah.

Ketua Polis Daerah Baling, Sup Shamsuddin Mamat berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, suspek mengunci pintu rumahnya dan melarang orang lain memasuki rumah tersebut sambil mengacukan dua bilah parang.

“Selepas menerima laporan daripada abang suspek, anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran serta menahan suspek,” katanya.

Memetik laporan Utusan, Shamsuddin berkata, lelaki itu dipercayai membakar sebuah bilik di dalam rumah berkenaan dan menyebabkan kemusnahan hampir 40% bilik yang berkeluasan 3.66 meter lebar dan 3.66 panjang itu.

Dalam pada itu, katanya, polis terpaksa memecahkan pintu rumah dengan bantuan bomba bagi menahan lelaki berkenaan.

“Suspek mengalami kecederaan kecil di kepala akibat pergelutan ketika ditahan dan polis merampas dua bilah parang yang dipegangnya,” katanya.

Katanya lagi, lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dibawa ke Hospital Daerah Baling untuk rawatan dan direman empat hari bermula hari ini.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan khianat dengan api. – SM

 

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button