Nasional

Kena dapatkan kebenaran polis jika mahu bergerak antara negeri

ORANG ramai tidak digalakkan bergerak antara satu negeri ke satu negeri  lain di bawah perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa tengah malam ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador berkata, jika ada keperluan untuk pulang ke kampung dan sebagai, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran terlebih dahulu.

Katanya, langkah itu amat perlu bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

“Apa yang perlu  dibuat oleh orang ramai apabila ada keperluan untuk mereka misalnya yang tinggal di Kuala Lumpur mahu balik ke Perlis dan hendak balik ke Sabah atau Sarawak, mereka boleh memaklumkan kepada kita,  kepada ketua polis balai terdekat.

“PIhak polis akan memberikan mereka satu dokumen yang menjelaskan bahawa pembawa dokumen ini telah memberitahu polis bahawa dia perlu membuat perjalanan tersebut atas sebab-sebab yang dinyatakan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan borang yang berkaitan di semua 156 ibu pejabat polis daerah dan balai-balai polis yang lain.

“Bagi pihak polis peranan kami dalam perintah larangan adalah untk mengawal peregerakan orang ramai dari satu negeri ke negeri satu daerah ke satu daerah.

“Eksesais ini amat perlu dapat menyekat penuilaran wabak.

“Bagi pihak polis, orang ramai yang mahu membuat pergerakan dari satu negeri ke satu negeri perlu memberitahu (polis)  supaya memudahkabn perjalanan dan kita akan bekalkan mereka satu dokumen untuk mengesahkan perkara itu.

“Selain itu tidak apa yang perlu dibimbangi oleh orang ramai. Kita membantu kementerian kesihatan.

“Pentingnya perintah kawalan pergerakan ini kerana apa yang dilakukan oleh negara China begitu berkesan sekali,” katanya.

Sehubungan itu katanya, PDRM amenyeru kepada orang ramai supaya ikhlas dan tidak mengambil kesempatan kerana  risikonya sangat tinggi.

“Kita tidak tahu apa yang ada di luar kediaman kita. Mungkin tempat itu sudah dicemari oleh seorang pesakit yang belum dikasan kita dedahkan diri kepada risiko yang tidak sepatutnya berlaku,”

Hamid memberi amaran supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan daripada penutupan pejabat untuk pergi beriadah dan sebagainya.

“Seboleh-bolehnya tinggal dalam premis kediaman masing-masing. Itu memang berkesan untuk mencegah penularan wabak ini.

“Pihak polis akan sentiasa beri kerjasama untuk memudahkan orang ramai jika kes itu tulen. Kes di mana mereka perlu amat sangat utk melakukan perjalanan tersebut. Tetapi jangan sombong dan pentingkan diri sendiri, nak berlagak untuk cari alasan untuk makan angin. elakkan,” katanya. – SM

 

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button