Hiburan

Hafiz Hamidun minta maaf, yang baik hanya dari Allah

PENYANYI, Hafiz Hamidun memuat naik permohonan maaf dipercayai berkaitan dengan komennya terhadap persembahan Nabila Razali di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35.

Menurut Hafiz, dia meminta maaf kalau pandangannya terhadap persembahan itu berbeza dengan orang lain.

“Maaf kalau pandangan kita berbeza. Saya juga manusia biasa, ada kekurangan.

“Yang baik hanya dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan kita sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, komen Hafiz di laman sosial telah tular di akaun Twitter dan telah dikecam ramai.

Menerusi komen tersebut, Hafiz menganggap lagu Peluang Kedua adalah karya yang sedap tetapi telah dibazirkan oleh penyanyinya.

Namun, tidak lama selepas itu, penyanyi yang terkenal dengan album selawat itu telah membuang status berkenaan selepas dikecam netizen.

Persembahan Nabila sebelum itu menjadi tumpuan selepas penyanyi itu ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua. -SM

(Visited 505 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button