Hiburan

Pilih buat This is Johan Live In Concert di JioSpace kerana dekat dengan diri – Joe Flizzow

Konsert Joe Flizzow – This is Johan Live In Concert dijadualkan berlangsung di JioSpace kerana Petaling Jaya cukup ‘akrab’ bagi penyanyi hip hop popular itu.

Bagi Joe, JioSpace amat strategik dia mahu konsert yang boleh mendekatkan dirinya dengan peminat setia yang menyokong perjuangan muziknya, sejak dulu.

“Saya tidak anggap ini konsert skala besar kerana lokasi JioSpace boleh memuatkan kapasiti seramai 1,800 penonton dalam satu masa.

“Insya-Allah, jika konsert ini berjaya, ia akan menjadi permulaan untuk saya buat ‘road tour’ atau konsert skala yang lebih besar pula selepas ini,” katanya.

Joe berkata demikian dalam sidang media semasa mengumumkan This is Johan Live In Concert merupakan konsert solonya selepas 15 tahun bergerak sendirian.

Kata Joe, peluang untuk mengadakan konsert solo itu adalah satu penghormatan buat karier nyanyiannya dan terharu apabila dilamar pihak JioBuddy yang juga sahabat baiknya, Sean Ng.

Konsert solo itu bakal berlangsung pada 15 Julai depan akan menyaksikan sebanyak 30 rangkaian lagu popular dan dari album baharunya berjudul Johan akan didendangkan.

Antara rangkaian lagu popular yang akan disampaikan dalam konsert itu seperti Sampai Jadi, CIAO, Satu Malam Di Temasek, Sang Saka Biru dan Kongsi.

“Selain rangkaian lagu popular, peminat yang hadir nanti dapat dengar lagu-lagu dari album baharu di mana lebih kurang 16 lagu dimuatkan.

“Apa yang menarik, saya juga ada beberapa artis jemputan yang bakal menghangatkan lagi konsert seperti Sona One dan Alif,”katanya.

Sepanjang bergerak solo, Joe pernah muncul dengan dua album iaitu The President pada 2008 dan Havoc pada 2013.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert mula dijual pada 12 Mei ini dan boleh dibeli menerusi www.jiotix.asia

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button