Hiburan

Ayie Floor 88 kini suami orang

SELEPAS 10 bulan mengikat tali pertunangan dengan Tasha Awie, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hari ini.

Momen bahagia itu dikongsi Ayie ketika majlis akad nikahnya disiarkan secara live di Instagramnya.

Majlis tersebut bertempat di Masjid Ukay perdana, Ampang, Selangor, pagi tadi.

Pasangan Ayie dan Tasha dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir.

Dengan sekali lafaz sahaja, Ayie sah menjadi suami Tasha dan berakhirlah kehidupan zaman bujang dan melangkah ke alam rumah tangga.


Pada majlis tersebut, Tasha menerima mas kahwin RM1,000 dan seutas gelang serta sebentuk cincin emas.

Di ruang komen IG Ayie, rata-rata rakan artis, selebriti dan peminat mengucapkan  tahniah dan doa agar rumah tangga pasangan pengantin baharu ini kekal bahagia sepanjang hayat.

“Syukur alhamdulillah, congratulations”, tulis Bella Astillah.

“Tahniah brother, happy for you both”, ucap Syamel.

“Tahniah, semoga kekal till jannah“, kata seorang peminat.

Januari lalu, Ayie dan Nur Natasha Ahmad Nawawi atau Tasha, 22, bertunang.

Kami di SUARA MERDEKA mengucapkan Selamat Pengantin Baharu. Moga berkekalan sehingga ke anak cucu dan jannah. – SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button