Hiburan

Repvblik Band bakal mengadakan konsert di Malaysia dan mencipta kenangan bersama peminat

Kumpulan muzik dari Indonesia, Ripvblik Band yang popular menerusi lagu Sandiwara cinta bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur, kumpulan itu juga tidak sabar untuk mencipta kenangan bersama para peminatnya setelah Sembilan tahun tidak menemui.

Repvblik Band bakal mengadakan konsert di Malaysia dan mencipta kenangan bersama peminat

Kedatangan band popular ini ke Malaysia sudah pastinya menjadi momen yang paling ditunggu peminat setia mereka dan sudah pasti ada yang tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa kumpulan muzik itu.

Konsert Repvblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini. Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.

Persembahan pada malam itu juga menampilakan Tikokers popular, Yuletta Yucha, sebagai penyanyi undagan untuk persembahan pembukaan dan akan menyampaikan empat buah lagu manakala satu lagu akan berduet bersama Repvblik Band.

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11 Pagi. Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.

Arrtikle Berkaitan ;>

Kangen Band gegar Kuala Lumpur!

Mini Konsert Silang Budaya Malaysia – Indonesia rakam kenangan manis di PBAKL

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button